Jadilah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar
“Janganlah kamu tidur dengan perut kenyang sedangkan jiran tetanggamu kelaparan”
Dengan Insurans Tajaan DearTime, apabila anda membeli insurans untuk diri sendiri, anda menaja seseorang yang tidak mampu juga.
Insurans Tajaan DearTime, yang pertama seumpamanya; mendemokrasikan insurans dan memulihkan kesaksamaan untuk rakyat, oleh rakyat.
Penaja yang dihormati,
Anda boleh memperuntukkan sehingga 10% daripada premium anda kepada Dana Amal DearTime sebagai Kesyukuran tanpa sebarang pengurangan kepada jumlah perlindungan anda. Dana Amal DearTime akan menaja secara automatik orang seterusnya yang menunggu dalam barisan untuk Insurans Tajaan.
Oleh itu, apabila anda dilindungi oleh DearTime, anda bukan sekadar membeli insurans untuk diri sendiri; anda menaja seseorang yang tidak mampu juga. Bersama-sama, kita menyinari kehidupan seorang lagi insan.
DearTime
Kepada yang ditaja,
Jika anda berada dalam kumpulan pendapatan B1-B2 dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM3,400, anda layak memohon Insurans Tajaan. Setelah permohonan anda diluluskan, dengan konsep “yang awal didahulukan”, Dana Amal DearTime akan menaja anda.
DearTime memahami bahawa privasi setiap orang berhak dilindungi. Oleh itu, kami merahsiakan identiti dan butiran peribadi anda sepenuhnya dan tidak akan diketahui sesiapa.
DearTime
Bagaimana Insurans Tajaan Berfungsi
Anda adalah Penaja
Peruntukkan Kesyukuran
Anda boleh memperuntukkan sehingga 10% daripada premium anda kepada Dana Amal DearTime sebagai Kesyukuran tanpa sebarang pengurangan kepada jumlah perlindungan anda.
Menaja secara automatik
Dana Amal DearTime secara automatik menaja orang seterusnya daripada Kumpulan B1-B2 yang sedang menunggu dalam barisan untuk Insurans Tajaan.
Penajaan Sekaligus (Akan Datang)
Anda tidak perlu membeli polisi untuk menaja seseorang yang memerlukan. Anda juga boleh menderma sekaligus ke dalam Dana Amal DearTime secara langsung untuk menaja mereka.
Anda adalah yang Ditaja
Mohon
Jika anda rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM3,400, anda boleh memohon dengan bukti pendapatan isi rumah untuk ditaja.
Pilih Perlindungan
Pilih perlindungan yang anda inginkan berdasarkan keperluan insurans anda, jawab tinjauan perubatan, namakan penerima anda dan sahkan identiti anda.
Anda Ditaja
Dana Amal DearTime menaja anda dengan konsep “yang awal didahulukan”. Semasa pembaharuan polisi, anda boleh memperbaharui dengan bukti terkini pendapatan isi rumah.