Kami menjadikan insurans sebagai hak asasi manusia, bukan lagi hak istimewa.
Hanya 4 daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai insurans hayat. Penembusan insurans hayat adalah rendah kerana insurans dilihat sebagai Mahal, Rumit & Tidak Dapat Diakses.
Mahal
Komisen pihak ketiga yang tinggi dengan perbelanjaan bukan insurans seperti pelaburan.
Rumit
Terma yang rumit & proses pembelian, pengubahan dan tuntuan yang manual.
Tidak Dapat Diakses
Kebanyakan cawangan & ejen insurans hanya terdapat di bandar-bandar sahaja.
Berpatutan
Tanpa komisen, tanpa perbelanjaan.
Ringkas
Produk mudah, proses mudah
Boleh diakses
Diakses oleh semua orang dan di mana-mana sahaja
DearTime ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Jon Ng, bersama dengan pakar industri insurans. Melalui kaedah digital sepenuhnya, DearTime menjadikan insurans Berpatutan, Ringkas & Boleh Diakses.
Insurans nyawa adalah hak asasi setiap kehidupan, bukan hak istimewa.
Dengan Insurans Tajaan DearTime, yang pertama seumpamanya, anda bukan sahaja membeli insurans untuk diri sendiri; malah anda juga menaja orang yang tidak mampu juga. Bersama-sama, kita menyinari kehidupan seorang lagi insan.
Melindungi setiap nyawa manusia secara langsung dengan insurans hayat, dan mengembalikan kualiti dan kuantiti kehidupan bagi mereka yang memerlukan.
Menutup jurang penembusan insurans dan mendemokrasikan industri insurans dengan menjadikan proses dan produk insurans hayat berpatutan, ringkas dan mudah diakses oleh semua orang melalui proses digital sepenuhnya untuk pengalaman insurans digital yang menyeluruh dan mudah.
Nilai Korporat
Maju Kemanusiaan Ke Hadapan
- Menyelesaikan masalah pelanggan .
- Majukan kemanusiaan ke masa hadapan.
- Memupuk kreativiti & inovasi kakitangan.
Memartabakan Persamaan & Hak Asasi Manusia
- Semua orang layak mendapat insurans hayat.
- Kehidupan yang sihat dan bahagia adalah hak milik semua.
- Setiap kakitangan berhak mendapat peluang.
Memupuk Kasih Sayang & Nilai-nilai Murni
- Menggalakkan kehidupan sosial & amal.
- Jadi pemangkin untuk kasih sayang dan nilai-nilai murni.
- Kakitangan gembira, pelanggan gembira.
Sentiasa Tulus
- Amalkan ketelusan tahap tertinggi.
- Mengamalkan integriti dan kejujuran.
- Komunikasi terbuka sesama kakitangan.
Ketahui lebih lanjut mengenai organisasi kami
Kakitangan
Temui Ahli Lembaga Pengarah dan Pasukan Pengurusan Kanan kami yang komited untuk mencapai misi dan visi DearTime untuk kebaikan umat manusia.
Hubungan Pelabur
Kami menghargai dan membina hubungan jangka panjang dengan pemegang saham dan komuniti pelabur dengan memberikan maklumat yang relevan, tepat dan tepat pada masanya.
Pentadbiran Korporat
Kami memberi tumpuan kepada amalan tadbir urus yang baik dan memupuk pengurusan korporat yang bertanggungjawab dan telus untuk memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami.